fb fb fb fb fb

Dua askar Tunisia terbunuh dalam nahas helikopter

FOTO THE SUN DAILY

TUNIS, 3 Januari- Dua askar Tunisa terbunuh dalam insiden helikopter terhempas, seorang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi di hospital.  

Kementerian Pertahanan memaklumkan helikopter tentera itu terhempas pada awal petang Isnin ketika menjalankan misi rutin di wilayah utara Tunisia, Bizerte.

Pembantu juruterbang terbunuh semasa kemalangan manakala juruterbang yang mengalami kecederaan serius telah dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di Bizerte, menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, Mohamed Zekri.

Pada awal Oktober lalu, tiga tentera Tunisa terbunuh juga dalam kemalangan helikopter terhempas ketika mangsa menjalani latihan waktu malam di wilayah selatan Gabes. - AFP

Media Baharu