fb fb fb fb fb

Bekas Gabenor Kuwait OPEC, Haitham Setiausaha Agung baharu organisasi minyak dunia

FOTO AFP

London, 3 Januari- Negara pengeluar terkemuka minyak dunia memilih Eksekutif Minyak Kuwait, Haitham al-Ghais sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang baharu.

Al-Ghais merupakan bekas Gabenor OPEC Kuwait dari 2017 hingga Jun 2021, berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kuwait Petroleum Coporation (KPC).

“Persidangan sebulat suara memutuskan Mr. Haitham al-Ghais sebagai Setiausaha Agung pertubuhan, berkuat kuasa 1 Ogos 2022 untuk tempoh tiga tahun, menurut kenyataan OPEC.

Al-Ghais akan menggantikan Mohammed Barkindo dari Nigeria yang mengambil alih tampuk pimpinan pada 2016 dan mengetuainya selama dua penggal.

Semasa tempoh Barkindo, kumpulan negara pengeluar minyak itu telah mengurangkan pengeluaran minyak secara drastik pada 2020 tatkala wabak COVID-19 melanda pasaran global.

Namun sejak tahun lepas, kumpulan itu telah meningkatkan jumlah pengeluaran secara beransur-ansur sekali gus melonjakkan harga semasa.

Organisasi yang beribu pejabat di Vienna itu ditubuhkan pada 1960 dan di anggotai 13 negara diketuai Arab Saudi dan 10 negara sekutu termasuk Rusia.

Kebiasaannya OPEC akan menetapkan had pengeluaran minyak bagi mengawal harga pasaran global. - AFP

Media Baharu