fb fb fb fb fb

Dron Rusia bedil hotel di Selatan Ukraine

Foto www.kyivpost.com

KYIV, 28 April - Sebuah hotel di Mykolaiv, selatan Ukraine mengalami kerosakan teruk selepas Rusia melancarkan serangan dron di bandar berkenaan.

Agensi berita Rusia, RIA melaporkan hotel berkenaan menempatkan tentera upahan yang berbahasa Inggeris di Ukraine.

"Serangan pihak musuh (Rusia) di bandar tersebut menggunakan dron tanpa pemandu iaitu 'Shahed jenis 131/136", kata Gabenor Mykolaiv, Vitaly Kim melalui aplikasi mesej Telegram.

"Serangan dron berkenaan telah menyebabkan sebuah bangunan hotel mengalami kerosakan teruk dan menyebabkan kebakaran. Namun, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan", kata Kim.

Kim dan Perkhidmatan Kecemasan Kebangsaan Ukraine berkata serangan turut menyebabkan kemusnahan terhadap tingkap dan kemudahan alat pemanas hotel berkenaan.

Sementara itu, Angkatan Tentera Udara Ukraine pada Ahad berkata pasukan berkenaan berjaya memusnahkan dron yang dilancarkan terhadap Mykolaiv.

Menerusi kenyataan di akaun Telegram tersebut, Angkatan Tentera udara Ukraine turut memaklumkan pihaknya turut memusnahkan empat dron yang lain di beberapa wilayah iaitu Kyiv, Vinnytasia dan Kirovohrad.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD