fb fb fb fb fb

Dron rakam kemusnahan kawasan kejiranan dan khemah penduduk di Gaza

Foto REUTERS

 

GAZA, 20 Oktober - Rakaman dron di kawasan kejiranan Bandar Gaza menunjukkan kemusnahan serta khemah-khemah yang didirikan untuk penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Tentera Israel berkata, gencatan senjata di Gaza kini telah disambung semula selepas satu siri serangan yang mengorbankan dua askarnya dan mencetuskan satu serangan udara yang menurut penduduk Palestin yang menyebabkan 26 orang terbunuh.

Katanya, ia menjadi insiden paling serius sepanjang tempoh gencatan senjata bulan ini.

Dalam pada itu, bantuan ke Gaza pula dijangka akan disambung semula selepas tekanan daripada Amerika Syarikat.

Gencatan senjata baharu itu berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu sekaligus menamatkan dua tahun peperangan berterusan, namun kerajaan Israel dan Hamas saling menuduh antara satu sama lain melanggar perjanjian tersebut sejak beberapa hari lalu. -REUTERS

Trainee