fb fb fb fb fb

Muzium Louvre dirompak, lapan barang kemas diraja lesap dalam 7 minit

Foto AFP

PARIS, 20 Oktober- Lapan barang kemas diraja bernilai tinggi dicuri dari Muzium Louvre, Paris, dalam serbuan singkat hanya tujuh minit pada Ahad pagi.

Insiden itu mencetuskan kemarahan awam dan persoalan mengenai tahap keselamatan di muzium-muzium Perancis.

Menurut pihak berkuasa, sekumpulan penyamun menggunakan trak dengan tangga boleh laras untuk memasuki Galeri Apollo, lokasi koleksi diraja dan memecah cermin pameran untuk melarikan barangan.

Seorang daripada barang yang dicuri, mahkota Permaisuri Eugenie, terjatuh dan rosak semasa melarikan diri.

Senarai barangan termasuk kalung zamrud dan berlian hadiah Napoleon kepada Permaisuri Marie-Louise, diadem Permaisuri Eugenie dengan hampir 2,000 berlian dan kalung milik Marie-Amelie, ratu terakhir Perancis.

Ini adalah kecurian pertama di Louvre sejak 1998 dan berlaku selepas beberapa kejadian kecurian lain di muzium Perancis bulan lalu, termasuk di Muzium Sejarah Semula Jadi Paris dan muzium di Limoges.

Politik turut terkesan, pemimpin parti National Rally, Jordan Bardella, menggelar kejadian itu sebagai “penghinaan tidak tertanggung” bagi negara manakala Presiden Emmanuel Macron menegaskan usaha sedang dijalankan untuk menangkap pencuri dan memulihkan barangan diraja tersebut. -AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM