KIEV, 22 Januari- Perdana Menteri Poland Donald Tusk tiba di Ukraine pada Isnin, kata pejabatnya. Ia sebagai tanda sokongan kepada negara itu berikutan perang dengan Rusia menghampiri dua tahun.
Warsaw ibu negara Poland muncul sebagai sekutu utama Kiev kerana ia mempertahankan dirinya terhadap Rusia dan mendapat lebih banyak sokongan kewangan dan ketenteraan daripada barat.
Video yang dikeluarkan oleh pejabat Tusk menunjukkan pemimpin yang baru dilantik itu tiba di stesen kereta api utama Kiev.
Lawatan Tusk bertepatan dengan cuti Hari Perpaduan Ukraine.- REUTERS