fb fb fb fb fb

Doktor hospital sertai mogok terbaharu UK

(Doktor muda membuat protes di London/REUTERS)

LONDON, 13 Mac - Beribu-ribu doktor hospital di United Kindom (UK) hari ini memulakan mogok tiga hari menuntut kenaikan gaji.

Ini bakal disusuli golongan guru, kakitangan kereta api dan penjawat awam dalam gelombang mogok terbaharu.

Menurut doktor yang menyertai mogok itu, kenaikan gaji bawah inflasi selama bertahun-tahun bermakna mereka telah mendapat potongan gaji sebanyak 26% peratus sejak 2008.

Badan yang mewakili mereka, Persatuan Perubatan British (BMA) sebelum ini melancarkan kempen iklan mendakwa seorang doktor baharu memperoleh pendapatan kurang daripada beberapa kakitangan kedai kopi.

"Pret a Manger telah mengumumkan ia akan membayar sehingga £14.10 sejam," kata iklan itu.

"Sedangkan seorang doktor muda hanya memperoleh £14.09. Terima kasih kepada kerajaan ini, anda boleh menyediakan lebih banyak hidangan kopi daripada menyelamatkan pesakit. Minggu ini doktor muda akan mengambil tindakan mogok supaya mereka dibayar pada kadar yang sepatutnya," tambah iklan itu.

Pada hari Rabu, ratusan ribu pekerja dijangka keluar, termasuk guru, pemandu kereta api Bawah Tanah London, wartawan BBC dan kakitangan universiti.

Sejak tahun lepas UK telah dibelenggu mogok di meliputi seluruh ekonomi daripada jururawat dan kakitangan ambulans kepada peguam dan pekerja dok yang didorong oleh kos makanan, tenaga dan perumahan yang melambung tinggi. -AFP


(Doktor hospital sertai mogok terbaharu UK/AFP)

Media Baharu