fb fb fb fb fb

Taufan Freddy, 40 maut di Malawi

(Foto REUTERS)

MALAWI, 14 Mac- Sekurang-kurangnya 40 orang disahkan maut akibat Taufan Freddy di sini.

Pegawai kerajaaan Malawi berkata angka korban dijangka meningkat.

"Sebuah kawasan perumahan di bandar Blantyre diliputi air lumpur disebabkan taufan berkenaaan.

"Kerajaan Malawi akan terus mencari mayat yang terperangkap," katanya menerusi kenyataan.

Menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia, Freddy adalah salah satu taufan terkuat yang pernah direkodkan di hemisfera selatan dan boleh menjadi siklon tropika paling lama.

Ia melanda tengah Mozambique pada Sabtu, merosakkan bumbung bangunan dan membawa banjir di sekitar pelabuhan Quelimane.

Taufan itu kemudian bergerak ke Malawi dengan hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu