fb fb fb fb fb

DOJ dakwa empat individu terlibat insiden 53 imigran maut

(FOTO FAIL AFP)

TEXAS, 30 Jun - Empat lelaki telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan insiden kematian 53 imigran dalam sebuah treler di Texas.

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memaklumkan, pemandu treler itu yang dikenali sebagai Homero Zamorano Jr didakwa atas tuduhan penyeludupan manusia sehingga mengakibatkan kematian.

Tiga lagi yang didakwa adalah Christian Martinez, Juan Claudio D'Luna-Mendez dan Juan Francisco D'Luna-Bilbao.

Dalam pada itu, Menteri Luar Guatemala, Mario Bucaro mengesahkan tujuh yang maut dalam insiden tersebut adalah rakyat negaranya.

(FOTO FAIL AFP)

"Buat masa ini kami telah mengenal pasti tujuh rakyat Guatemala antara yang maut dalam insiden tersebut. Kami telah mengenal pasti mangsa menerusi DNA dan dokumen yang dimiliki.

"Dalam pada itu tiga lagi yang terlibat telah dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan," katanya.

Treler dengan nombor pendaftaran palsu itu membawa 67 imigran sebelum dijumpai pada Isnin.

Menurut Ketua Bomba San Antonio Charles Hood, tiada tanda-tanda kehadiran air di dalam treler dan tiada unit penyaman udara yang berfungsi.

Mereka yang masih hidup mengalami strok haba dan keletihan.-AFP

Media Baharu