fb fb fb fb fb

Doha jadi tumpuan, dunia Arab-Islam kecam tindakan Israel

Para pemimpin dijangka menyuarakan sokongan kepada Qatar susulan serangan Israel di Doha. / Foto REUTERS.

DOHA, 14 September - Serangan Israel tidak akan membawa kepada apa-apa selain menggagalkan usaha-usaha meredakan ketegangan, kata Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani, pada Ahad.

Kenyataan itu dibuat pada mesyuarat persiapan menjelang Sidang Kemuncak Arab-Islam pada Isnin untuk membincangkan serangan Israel terhadap Hamas di Doha, Isnin lalu.

Para pemimpin dijangka menyuarakan sokongan kepada Qatar susulan serangan Israel itu.

Satu draf resolusi yang akan dipertimbangkan oleh ketua-ketua negara mengutuk serangan Israel sebagai satu peningkatan yang mengganggu kestabilan, serta menyatakan bantahan terhadap “rancangan Israel untuk memaksakan realiti baharu di rantau ini”.

Resolusi itu mungkin berubah sebelum para pemimpin bermesyuarat di Doha pada Isnin.

Serangan tersebut, yang menurut Hamas telah meragut lima anggotanya tetapi bukan kepimpinan utama, mendorong negara-negara Teluk bersekutu dengan Amerika Syarikat untuk memperlihatkan kesepaduan.

Sidang tergempar itu, yang menghimpunkan anggota Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dimulakan dengan mesyuarat menteri-menteri luar pada Ahad untuk merangka draf resolusi. - REUTERS

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI