fb fb fb fb fb

Dialog ekonomi China-AS, mampu kukuhkan kerjasama antarabangsa

FOTO REUTERS

ZURICH, 22 Januari- Dialog ekonomi antara China dan Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Perkongsian masa hadapan antara kedua-dua ekonomi besar dunia itu akan menyuntik keyakinan dalam pasaran, yang diperlukan untuk memacu pemulihan ekonomi global.

Bercakap di luar acara WEF 2023, Pengarah Urusan Operasi Bank Dunia, Axel van Trotsenburg memuji rundingan ekonomi komprehensif antara China dan Amerika yang berlangsung di Zurich, Switzerland beberapa hari lalu.

Pelbagai isu dibincangkan dalam pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri China, Liu He dan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Janet Yellen, termasuk perkembangan makroekonomi dan kewangan negara masing-masing.

"Bagi saya, dialog berterusan antara dua ekonomi besar dunia penting untuk kerjasama antarabangsa terutamanya dalam membincangkan bidang kerjasama yang merupakan perkembangan baik bagi negara membangun," kata Axel van Trotsenburg kepada media.


(Pengarah Urusan Operasi Bank Dunia, Axel van Trotsenburg/REUTERS)

Bank Dunia mengunjurkan ekonomi China bakal tumbuh lebih kukuh tahun ini, disokong langkah pencegahan dan kawalan COVID-19 yang lebih optimum.

 

Media Baharu