fb fb fb fb fb

13 maut bangunan runtuh di Aleppo, Syria

(Foto Reuters/North Press Agency)

SHEIKH MAKSOUD, 22 Januari- Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh apabila sebuah bangunan kediaman runtuh di bandar Aleppo, utara Syria, pada Ahad.

Media kerajaan melaporkan pasukan penyelamat masih giat meneruskan pencarian mereka yang dipercayai masih tertimbus bawah runtuhan.

Bangunan lima tingkat di kawasan kejiranan Sheikh Maksoud itu runtuh disebabkan kebocoran air yang telah melemahkan struktur asasnya, memetik kenyataan oleh pegawai kerajaan.

Ia juga salah satu daripada banyak bangunan yang runtuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Aleppo.-REUTERS

(Bangunan lima tingkat di kawasan kejiranan Sheikh Maksoud itu runtuh disebabkan
kebocoran air yang telah melemahkan struktur asasnya/Foto Reuters/North Press Agency)

Media Baharu