fb fb fb fb fb

Demostrasi di Tel Aviv meningkatkan lagi konflik perang Israel-Palestin

Seramai 100,000 orang menyertai demostrasi ini / Foto AFP

TEL AVIV , 10 Ogos - Beribu-ribu orang berarak di Tel Aviv bagi mendesak agar perang di Gaza ditamatkan segera, demostrasi ini diadakan sehari selepas Israel meningkatkan konflik dengan kelulusan kabinet untuk menguasai Gaza.

Penunjuk perasaan membawa poster gambar tebusan yang masih ditahan di Palestin dan mendesak Zionis membebaskan mereka.

Daripada 251 tebusan yang ditahan semasa serangan sejak tahun 2023, 49 masih ditahan di Gaza termasuk 27 anggota tentera yang telah mati.

Perhimpunan kali ini dianggarkan mencecah puluhan ribu manakala kumpulan yang mewakili keluarga tebusan berkata seramai 100,000 orang menyertai demostrasi ini.

“Kami menghantar mesej kepada Benjamin Netanyahu, jika anda menyerang Gaza dan tebusan dibunuh, kami akan mengejar anda dalam kempen pilihan raya depan,” kata Shahar Mor Zahiro, saudara kepada tebusan.

Rancangan kabinet Netanyahu untuk merampas Gaza mencetuskan gelombang kritikan dalam negara dan di seluruh dunia. - AFP

HASRON BIN HASSAN