fb fb fb fb fb

Cuaca panas, sektor pendidikan di Filipina terjejas

Foto REUTERS

MANILA, 29 April– Cuaca panas terik di Filipina boleh menjejaskan hasil ladang, bekalan air dan kuasa serta perniagaan, selain turut memberi kesan kepada golongan pelajar, sekali gus menjadikan negara itu ketinggalan dalam bidang pendidikan.

Suhu panas mencecah 50 darjah Celsius di pelbagai wilayah di Filipina, semasa fenomena cuaca El Nino menjadikan lebih panas pada bulan Mac hingga Mei.

Menurut Program Penilaian Pelajar Antarabangsa, menerusi kajian antarabangsa sistem pendidikan, Filipina antara negara mempunyai pencapaian terendah di dunia dalam bidang matematik, sains dan membaca, sebahagiannya disebabkan oleh pembelajaran jarak jauh yang tidak mencukupi semasa pendemik.

Data Kementerian Pendidikan melaporkan, ribuan sekolah bertindak menggantung kelas kerana panas serta menjejaskan lebih 3.6 juta pelajar.

"Pada bulan Mei, kami menjangkakan lebih banyak penggantungan kelas kerana gelombang haba.

"Kami melihat purata lebih daripada 52 darjah Celsius. Jadi anda boleh bayangkan betapa tertekannya pelajar," kata Penasihat pendidikan asas untuk Save the Children Filipina, Xerxes Castro.

Bahang panas di Asia Selatan dan Asia Tenggara bertambah buruk oleh perubahan iklim, menjejas pelajar untuk belajar dalam keadaan selesa.

Sementara itu, 'Save the Children Philippines' berkata kanak-kanak amat terdedah kepada penyakit berkaitan haba seperti pening, muntah dan pengsan apabila terdedah kepada haba melampau untuk tempoh yang lama

Pelajar dan guru telah menyatakan kebimbangan mengenai kesukaran dalam pengajaran dan pembelajaran jarak jauh, terutamanya di kawasan yang lebih miskin di mana rumah yang tidak kondusif untuk belajar dan mungkin kekurangan akses kepada sambungan internet yang baik.

Pelajar yang menghadiri kelas secara bersemuka di ibu negara Manila menggunakan kipas mudah alih, buku nota dan juga kotak kadbod untuk mendapatkan memberi sedikit keselesaan.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN