fb fb fb fb fb

COVID-19: PM New Zealand jalani kuarantin kendiri selepas dikesan kontak rapat

FOTO
FOTO REUTERS

WELLINGTON, 30 Januari- Menteri New Zealand, Jacinda Ardern kini menjalani proses kuarantin kendiri hingga 11 Februari selepas dikesan sebagai kontak rapat individu yang disahkan positif COVID-19.

Kerajaan New Zealand dalam satu kenyataan memaklumkan, Ardern didapati terdedah kepada kes positif tersebut pada 22 Januari lalu ketika dalam penerbangan ke Auckland dari bandar Kerikeri.

Beliau sudah menjalani ujian penjujukan genom dan keputusannya dijangka diperoleh dalam masa terdekat.

Ujian tersebut akan menentukan sama ada beliau dijangkiti varian Omicron atau sebaliknya.

"Ardern, yang tidak menunjukkan gejala, berasa sihat," tambah kenyataan itu.

Beliau akan menjalani ujian berikutnya pada Ahad dan berada dalam pengasingan selaras dengan arahan kementerian kesihatan.

Kakitangan lain juga akan menjalani kuarantin kendiri mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. -REUTERS

Media Baharu