fb fb fb fb fb

COVID-19: Korea Selatan tamatkan sekatan visa rakyat China

(Foto AFP)

SEOUL, 10 Februari- Korea Selatan akan mula mengeluarkan visa jangka pendek kepada pelancong dari China, sekali gus menamatkan sekatan berkaitan COVID-19.

Jumlah penumpang dari China yang diuji positif virus itu mencatatkan penurunan kepada 1.4% minggu lalu, menurun 20% ketika sekatan mula diperkenalkan.

Penurunan tersebut telah mencerminkan situasi semasa di China bahawa tiada tanda-tanda penyebaran atau mutasi koronavirus baharu selepas cuti Tahun Baru Cina.

Pada Januari, Seoul mengenakan syarat perjalanan termasuk sekatan visa dan ujian PCR ke atas semua pelawat dari China, susulan negara itu merekodkan lonjakan kes jangkitan virus terbabit.

Mereka yang didapati positif perlu dikuarantin selama seminggu. -AFP

(Foto AFP)

Media Baharu