fb fb fb fb fb

Banjir lumpur: Angka korban meningkat 16 orang di Peru

(Foto Reuters)

AREQUIPA, 10 Februari- Angka kematian akibat banjir lumpur di selatan Peru pada Ahad, meningkat kepada 16 orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Bencana dahsyat tersebut turut mencederakan 27 yang lain, manakala 20 lagi masih hilang.

Secara keseluruhan, lebih 12,000 orang kehilangan harta benda dalam bencana yang menjejaskan wilayah Camana, di sini.

Selain kediaman penduduk, bencana terbabit turut memusnahkan jalan raya, sekolah dan pusat perubatan. -AFP

(Foto Reuters)

Media Baharu