fb fb fb fb fb

Kadar buta huruf kanak-kanak di Brazil meningkat ketika pandemik COVID-19

FOTO AFP


BRAZIL, 9 Februari- Bilangan kanak-kanak Brazil berusia enam dan tujuh tahun yang tidak tahu membaca atau menulis meningkat sebanyak 66 peratus semasa pandemik COVID-19.

Menurut laporan oleh kumpulan amal Todos Pela Educacao (All for Education), bilangan buta huruf berusia enam dan tujuh tahun di Brazil meningkat kepada 2.4 juta orang pada tahun lalu daripada 1.4 juta pada 2019.

Ia mewakili 40.8 peratus kanak-kanak dalam kumpulan umur itu - satu petanda yang membimbangkan bagi negara yang sudah dilanda teruk oleh pandmeik COVID-19, dengan penutupan sekolah yang meluas sekali gus merugikan golongan miskin.

Ia juga adalah peratusan terbesar sejak penyimpanan rekod mengenai buta huruf kanak-kanak di Brazil bermula pada 2012.

Menurut kumpulan itu, peningkatan peratusan itu amat 'membimbangkan' dan kerajaan perlu bertindak segera berikutan ia akan meningkatkan risiko kanak-kanak buta huruf lebih awal akan berhenti sekolah pada masa hadapan.

"Kami amat memerlukan dasar yang besar untuk membantu kanak-kanak yang ketinggalan," kata pakar dasar pendidikan kumpulan itu, Gabriel Correa.

"Kemunduran dalam literasi tidak boleh diterima," katanya. -AFP

Media Baharu