DOSQUEBRADAS, 9 Februari - Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 35 cedera dalam banjir lumpur akibat hujan lebat di Colombia pada Selasa.
Hujan sejak pagi mengakibatkan tanah runtuh di sebuah gunung di wilayah Risaralda barat tengah, telah menyebabkan beberapa rumah di perbandaran Dosquebradas tertimbus.
Pasukan penyelamat terus melakukan usaha menggali lumpur mencari mangsa yang terselamat.
Pihak penyelamat turut bimbang banjir lumpur baharu boleh mengakibatkan sungai Otun yang berdekatan akan memburukkan lagi bencana.
Beberapa keluarga yang tinggal berhampiran sungai turut dipindahkan kerana risiko banjir dan keadaan tanah yang belum stabil.