BEIJING, 14 November - Pemimpin China, Xi Jinping menyambut kunjungan pertama raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn ke China sejak hubungan dua hala terjalin 50 tahun lalu.
Beijing mengambil peluang tersebut untuk menampilkan negaranya sebagai jiran dan rakan ekonomi yang boleh dipercayai.
Ketibaan Raja Thailand dan Ratu Suthida, serta lawatan awal minggu ini oleh Raja Felipe VI dan Ratu Letizia dari Sepanyol, digambarkan oleh media China sebagai hasil daripada hubungan harmoni serta isyarat kepada negara lain bahawa China ialah rakan yang boleh diharap dalam perdagangan.
Ini berbeza dengan kebimbangan ekonomi yang tercetus akibat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan kenaikan tarif mendadak tahun ini.
Hubungan dua hala telah berkembang dengan ketara sejak Thailand, yang ketika era Perang Dingin berpihak kukuh kepada Amerika Syarikat menentang komunisme, melihat China sebagai ancaman.
Raja Vajiralongkorn pernah melawat China pada 1987 ketika bergelar Putera Mahkota, dihantar oleh ayahandanya yang tidak pernah berkunjung ke negara itu meskipun menerima undangan daripada Beijing.
Sejak era pasca-Perang Dingin, hubungan antara kedua-dua negara semakin kukuh, dipacu oleh hubungan perdagangan dan pelaburan yang mendalam.
China kini merupakan sumber utama sektor pelancongan bagi Thailand dan pelabur besar dalam industri seperti automotif.
Thailand membeli barangan dagangan bernilai AS$80 bilion dengan China pada tahun lalu. -REUTERS