fb fb fb fb fb

China salur geran dua billion yuan kepada negara anggota SCO

Presiden China, Xi Jinping, menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Pusat Konvensyen dan Pameran Meijiang, Tianjin, hari ini /Foto: Suo Takekuma / POOL / AFP

TIANJIN, China, 1 September- Presiden China Xi Jinping pada Isnin berikrar untuk menyalurkan geran berjumlah 2 bilion yuan (kira-kira US$281 juta) kepada negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) tahun ini, lapor Xinhua.

Xi membuat kenyataan itu ketika berucap pada Mesyuarat ke-25 Majlis Ketua-Ketua Negara SCO yang berlangsung di bandar pelabuhan Tianjin.

Selain itu, China juga akan menyalurkan pinjaman tambahan bernilai 10 bilion yuan kepada bank-bank anggota Konsortium Antara Bank SCO dalam tempoh tiga tahun akan datang, kata Xi.

Menurut beliau, jumlah stok pelaburan China di negara anggota SCO lain melebihi AS$84 bilion, manakala perdagangan dua hala dengan negara anggota SCO kini mencecah lebih AS$500 bilion setiap tahun. -BERNAMA-XINHUA

SITI AISHAH BINTI MD ISA