fb fb fb fb fb

China, Mesir sepakat tingkatkan keamanan di Asia Barat

Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Menteri Luar China, Wang Yi berjabat tangan selepas mengadakan taklimat bersama di Beijing / Foto Reuters

BEIJING, 13 Disember – Menteri Luar China, Wang Yi, menegaskan Beijing dan Kaherah bersetuju untuk memperkukuhkan usaha mempromosikan keamanan dan rundingan demi mencapai kestabilan di Asia Barat.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan dengan Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty, di Beijing pada Jumaat.

Wang menyatakan, kedua-dua negara memandang serius situasi semasa di Syria dan menekankan kepentingan menghormati kedaulatan, kemerdekaan, serta keutuhan wilayah negara tersebut.

Beliau juga menyambut baik perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Lubnan, sambil menyifatkannya sebagai langkah positif ke arah keamanan di rantau berkenaan.

Pertemuan itu menandakan usaha bersama kedua-dua negara untuk mengukuhkan peranan mereka dalam menyokong kestabilan politik dan keamanan di Asia Barat.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN