fb fb fb fb fb

China lancar satelit ujian teknologi komunikasi baharu

FOTO REUTERS

SICHUAN, 13 Mei- China berjaya melancarkan sebuah satelit ujian teknologi komunikasi baharu dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang, wilayah Sichuan pada awal pagi Selasa.

Satelit tersebut dilancarkan tepat pukul 2:09 pagi waktu Beijing menggunakan roket Long March-3C, dan telah memasuki orbit seperti yang dirancang, menurut pusat pelancaran berkenaan.

Satelit berkenaan akan digunakan terutamanya untuk menjalankan ujian pengesahan teknologi komunikasi berkelajuan tinggi dan pelbagai jalur (multi-band).

Pelancaran tersebut merupakan misi ke-575 dalam siri roket pembawa Long March.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE