fb fb fb fb fb

China lancar satelit Fengyun-3 08

China melancarkan satelit Fengyun-3 08 ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut negara itu/ Foto REUTERS

BEIJING, 27 September – China berjaya melancarkan satelit Fengyun-3 08 ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut negara itu pada Sabtu.

Menurut Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA), satelit berkenaan dilancarkan pada pukul 3.28 pagi waktu Beijing menggunakan roket pembawa Long March-4C dan berjaya memasuki orbit yang dirancang.

Dilengkapi sembilan peralatan penderiaan jauh termasuk pengimej spektrum resolusi sederhana serta pengimej gelombang mikro, Fengyun-3 08 akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan penyelidikan dalam ramalan cuaca, kimia atmosfera serta perubahan iklim.

Operasi satelit itu dijangka memperkukuh keupayaan China dalam ramalan cuaca numerik global, tindak balas terhadap perubahan iklim serta pencegahan dan mitigasi bencana meteorologi.

Pelancaran ini juga menandakan misi penerbangan ke-596 bagi siri roket pembawa Long March. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN