fb fb fb fb fb

Kanak-kanak jadi mangsa serangan Israel ke atas kem pelarian di Gaza

Dua kanak-kanak Palestin dilihat dalam keadaan menangis dan trauma di sebuah rumah yang musnah akibat serangan udara Israel di bandar Gaza/ Foto REUTERS

GAZA, 27 September – Serangan udara Israel semakin memuncak pada Khamis dengan satu serangan berhampiran kem pelarian Al Shati, barat bandar Gaza, mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang termasuk seorang kanak-kanak serta mencederakan beberapa yang lain, kebanyakannya kanak-kanak.

Salah seorang mangsa, Ahmed Elmadhon tidak mampu menahan sebak ketika menceritakan detik ketika tembok rumah runtuh menimpa bayi lelakinya berusia tiga bulan.

"Apa yang harus kami lakukan? Bayi tiga bulan, tiba-tiba tembok jatuh ke atasnya. Apa salah dia untuk hidup begini?" katanya penuh emosi.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), pasukan Israel meningkatkan serangan udara setiap lapan hingga sembilan minit menyebabkan kemusnahan besar dan memaksa ribuan penduduk melarikan diri dari bandar Gaza yang dikepung.

Sejak serangan berterusan bermula pada Oktober 2023, lebih 65,000 rakyat Palestin dilaporkan terkorban manakala lebih 160,000 lagi cedera. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN