fb fb fb fb fb

China lancar roket pengangkut satelit baharu ke angkasa

CHINA, 2 April- Sebuah roket pengangkut baharu berlepas ke angkasa untuk menghantar satelit ke orbitnya.

Roket dikenali sebagai TL-2 Y1 itu dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China pada pukul 4.48 petang waktu tempatan.

Penerbangan tersebut akan menentukan keseluruhan program roket dan koordinasi antara sistem dan parameter persekitaran.

(Roket TL-2 Y1 dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan / Foto REUTERS)

Satelit berkenaan akan digunakan dalam eksperimen pengesanan pengimejan jarak jauh dan pengesahan teknikal lain.-REUTERS

Media Baharu