fb fb fb fb fb

China lancar kapal pengangkut pesawat terbesar, paling moden

(FOTO AFP)

SHANGHAI, 18 Jun - China melancarkan kapal pengangkut pesawat terbesar dan paling moden negara itu.

Pengumuman itu dibuat ketika ketegangan di antara China dan Amerika Syarikat (AS) meningkat dengan ketara dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan tindakan Beijing yang menekan Taiwan.

Kapal induk baharu itu yang dinamakan Fujian, adalah pengangkut pesawat pertama yang direka dan dibina sepenuhnya oleh China.

(Majlis pelancaran Fujian, sebuah kapal pengangkut pesawat Tentera Pembebasan Rakyat(PLA),
di limbungan kapal di Shanghai/FOTO AFP)

Program pembangunan kapal pengangkut pesawat merupakan sebahagian daripada rombakan besar-besaran Tentera Pembebasan Rakyat, di bawah Presiden Xi Jinping.

Beliau telah berikrar untuk membina angkatan tentera moden bagi menyaingi tentera Amerika menjelang 2027.

China mempunyai dua kapal induk lain dalam perkhidmatan iaitu Liaoning, yang ditauliah pada 2012 serta Shandong, yang sudah memasuki perkhidmatan pada 2019.-AFP

Media Baharu