BEIJING, 21 Mei - China menghantar pasukan pakar ke Myanmar bagi membantu proses pembinaan semula selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat baru-baru ini.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Hal Ehwal Asia, Kementerian Luar China, Liang Jianjun, pasukan penyelamat China merupakan yang pertama tiba di lokasi bencana.
China turut menghantar pasukan pakar dalam pencegahan wabak, nyahjangkit, penilaian kerosakan dan perlindungan artifak budaya.
Langkah itu bagi menyokong usaha awal pembinaan semula kawasan terjejas akibat bencana.-REUTERS