WASHINGTON, 21 Mei- Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, hari ini mengumumkan rancangan pembinaan sistem pertahanan peluru berpandu baharu yang dinamakan “Golden Dome”, sebuah inisiatif mega yang disasarkan untuk menjadi benteng utama negara itu terhadap sebarang serangan dari luar.
Menurut Trump, sistem pertahanan tersebut merupakan sebahagian daripada janji kempen beliau sebelum ini, dan dijangka siap sepenuhnya sebelum tamat penggal kedua pentadbirannya sebagai Presiden.
“Semasa kempen pilihan raya, saya berjanji kepada rakyat Amerika bahawa saya akan membina satu sistem pertahanan peluru berpandu yang paling canggih,” katanya dalam satu pengumuman di White House.
“Hari ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kami secara rasmi telah memilih reka bentuk dan seni bina sistem ini, yang akan menjadi antara yang paling maju di dunia.”-AFP