fb fb fb fb fb

China hantar lagi vaksin COVID-19 ke Kemboja

BEIJING, 31 Mac - China menyumbang sebanyak lima juta lagi dos vaksin COVID-19 untuk Kemboja pada Selasa.

Naib Ketua Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China, Deng Boging berkata bantuan vaksin itu menepati janji China untuk terus menyokong usaha melawan wabak di Kemboja.

Sumbangan itu susulan perbualan telefon antara Presiden China, Xi Jining dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen pada 18 Mac lalu.

"Setakat ini, China telah menyumbang 42 juta dos vaksin COVID-19 kepada Kemboja dan menjadi pembekal vaksin terutama bagi negara itu.

(Anggota petugas sedang menguruskan vaksin yang disumbangkan untuk Kemboja)

"Selain itu, China juga kerap menghantar kumpulan pakar perubatan ke negara itu, menjalankan sesi perkongsian maklumat menerusi pautan video dengan pihak Kemboja, di samping membantu negara itu membina makmal ujian asid nukleik.

"Hospital Persahabatan Preah Kossamak China-Kemboja yang dibina dengan bantuan China telah beroperasi pada 21 Mac dan dipercayai akan memainkan peranan penting dalam usaha membendung pandemik dan memperkasa pembentukan sistem kesihatan awam di negara itu," kata Deng.

Beliau berkata, China akan menunaikan komitmen Presiden Xi untuk menyediakan satu bilion dos vaksin lagi kepada negara-negara Afrika dengan 600 juta dos daripadanya diberi secara percuma.

Salain itu, China juga akan menyediakan 150 juta dos kepada negara-negara ASEAN dan 50 juta dos lagi kepada negara-negara Asia Tengah secara percuma.

Untuk rekod, China telah menyediakan sejumlah besar barangan bantuan termasuk pelitup muka, sut pelindung dan mesin ventilator kepada 153 buah negara dan 15 pertubuhan antarabangsa bagi usaha pencegahan dan kawalan wabak.- BERNAMA

Media Baharu