BEIJING, 14 November- China bersedia memperluas kerjasama dengan Thailand dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan industri aeroangkasa, kata Presiden China Xi Jinping pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pada Jumaat, Xi menyambut keberangkatan tiba Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn (Rama X) di Beijing sempena lawatan negara baginda ke China dari 13 hingga 17 November.
“China bersedia… untuk memperluas kerjasama dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan, ekonomi digital dan industri aeroangkasa agar rakyat kedua-dua negara dapat memperoleh lebih banyak manfaat daripada kerjasama China-Thailand,” kata Xi seperti dipetik oleh China Central Television.
Xi menambah bahawa Beijing bersedia mengukuhkan kerjasama strategik dengan Bangkok, khususnya dalam projek utama seperti projek kereta api laju berkelajuan tinggi China-Thailand, serta meningkatkan import produk pertanian premium dari Thailand. -BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI