SARAJEVO, BOSNIA AND HERZEGOVINA, 14 November- Angka korban akibat kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas di Bosnia awal bulan lalu kini meningkat kepada 15 orang.
Menurut Pusat Klinikal Universiti Tuzla, jumlah itu meningkat selepas dua lagi mangsa kebakaran yang sedang menerima rawatan meninggal dunia pada Jumaat.
Kebakaran yang berlaku pada malam 4 November di tingkat tujuh rumah jagaan berkenaan di bandar Tuzla, di timur laut negara itu, kira-kira 80 kilometer dari Sarajevo.
Akibat kebakaran itu, 11 maut dan lima mangsa yang terdiri daripada warga emas yang sakit dan terlantar menerima rawatan, dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Menurut pihak pendakwa raya, punca kebakaran telah dikenal pasti.
Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada penggunaan kabel rosak untuk sebuah radio di bilik salaj seorang penghuni.
Lebih 30 orang termasuk anggota polis dan bomba turut cedera dalam insiden tersebut. -AFP