fb fb fb fb fb

China akan laksana operasi MLF bernilai 400 bilion yuan

Foto REUTERS

BEIJING, 24 Disember - Bank pusat China mengumumkan pada Rabu yang ia akan melaksanakan operasi kemudahan pinjaman jangka sederhana (MLF) bernilai 400 bilion yuan (kira-kira US$56.76 bilion) untuk tempoh satu tahun pada Khamis bagi mengekalkan kecairan yang mencukupi dalam sistem perbankan negara itu, lapor Xinhua.

People’s Bank of China berkata operasi MLF itu akan dilaksanakan melalui kaedah kuantiti tetap, bidaan kadar faedah serta bidaan pelbagai harga.

MLF diperkenalkan pada 2014 untuk membantu bank komersial dan bank dasar mengekalkan kecairan dengan membolehkan mereka meminjam daripada bank pusat menggunakan sekuriti sebagai cagaran.- BERNAMA-XINHUA

EZA YUSMAWATI YAACOP