DAKAR, 24 Disember - Dua belas mayat ditemukan awal Rabu di perairan luar pesisir Joal-Fadiouth di kawasan Mbour, barat Senegal, selepas sebuah bot kayu yang membawa migran terbalik, menurut Agensi Berita Senegal (APS), lapor Xinhua.
Anggaran awal jumlah kematian kekal, dengan 35 mangsa terselamat diserahkan kepada briged gendarmerie tempatan sementara siasatan terhadap kejadian itu diteruskan, menurut APS yang memetik sumber keselamatan.
Menurut agensi itu, jumlah keseluruhan penumpang di atas bot berkenaan masih belum dapat dipastikan, manakala punca kejadian terbalik yang berlaku kira-kira 5 pagi waktu tempatan masih belum jelas.
Pirogue ialah bot kayu kecil dan sempit yang lazim digunakan untuk menangkap ikan di beberapa kawasan Afrika Barat, Caribbean dan Asia Tenggara.- BERNAMA-XINHUA