fb fb fb fb fb

Ceroboh Pelabuhan Taiwan, bekas Kapten Tentera Laut China ditahan

Foto REUTERS

TAIPEI, 11 Jun-Seorang lelaki warga China yang juga bekas Kapten Tentera Laut China ditahan selepas mengemudi bot laju memasuki pelabuhan Taiwan secara haram.

Salah seorang pegawai Tertinggi Taiwan pada Selasa berkata tindakan lelaki berkenaan berkemungkinan sebagai aktiviti pengintipan berkaitan pertahanan negara tersebut.

Pengawal pantai Taiwan menahan lelaki berkenaan pada Ahad di pantai Tamsui selepas mendapati bot laju yang dikemudikannya memasuki sungai sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di antara Taiwan dan China.

Ketua Majlis Hal-Ehwal Kelautan Taiwan, Kuan Bi-ling yang mengetuai Pengawal Pantai berkata lelaki berkenaan berada dalam keadaan baik dan pernah berkhidmat sebagai kapten tentera laut China.

Menurut Kuan, terdapat kes 18 kes serupa pada tahun lalu melibatkan pulau dikawal Taiwan yang terletak di sebelah pantai China.

"Melihat kes pada masa lalu, kita tidak boleh menolak bahawa ini adalah ujian," katanya, merujuk kepada kebolehan Taiwan untuk mengesan kapal tersebut.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Taiwan Wellington Koo turut berkata insiden bot itu menjadi satu lagi contoh taktik "Zon Kelabu" China terhadap pulau itu.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Taiwan mengkritik tindakan China yang menggunakan taktik berkenaan untuk melemahkan musuh tanpa melakukan pertempuran terbuka, seperti belon pengawasan terapung di atas pulau itu.

"Taktik Zon Kelabu ini sentiasa wujud," kata Koo.

"Kita mesti sentiasa menjaga kewaspadaan kita dan tidak boleh menolak kemungkinan mengambil tindakan balas", katanya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD