WASHINGTON, 16 Oktober - Sebuah pesawat yang membawa Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Pete Hegseth, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di United Kingdom pada Rabu selepas cermin kokpit pesawat berkenaan didapati retak, menurut kenyataan Pentagon.
Jurucakap Pentagon, Sean Parnell, dalam hantaran di platform X berkata, pendaratan itu dilakukan mengikut prosedur standard dan semua individu di dalam pesawat termasuk Hegseth berada dalam keadaan selamat.
Hegseth ketika itu dalam perjalanan pulang dari lawatan ringkas ke Brussels.
Ini bukan insiden pertama pesawat tentera Amerika Syarikat yang membawa pegawai kanan menghadapi masalah teknikal.
Awal tahun ini, sebuah pesawat Tentera Udara AS yang membawa Setiausaha Negara, Marco Rubio, ke Munich turut terpaksa berpatah balik ke Washington selepas mengalami kerosakan mekanikal.-REUTERS
