fb fb fb fb fb

Canselor Jerman bidas dasar penempatan Israel di Tebing Barat

Canselor Jerman, Olaf Scholz/FOTO AFP

BERLIN, 19 November - Canselor Jerman Olaf Scholz mengkritik dasar penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki pada Sabtu dan mengulangi gesaan untuk penyelesaian dua negara seperti yang telah dipersetujui Israel dan Palestin.

“Kami tidak mahu sebarang penempatan baharu di Tebing Barat, tiada keganasan oleh peneroka terhadap rakyat Palestin di kawasan berkenaan (Tebing Barat).

"Penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin adalah keputusan terbaik", kata Scholz semasa lawatan ke Nuthetal, di sini.

Tambah Scholz, Jerman tidak akan menyokong tindakan sesetengah pemimpin politik Isreal yang menolak solusi dua negara tersebut.

"Sekiranya terdapat pemimpin Israel yang tidak menyokong rancangan dua negara itu, Jerman tidak akan menyokong tindakan tersebut.

Dalam pada itu, Scholz juga menekankan kepentingan bantuan kemanusiaan Jerman untuk rakyat Palestin.

“Ia bukan negeri di kawasan kejiranan, walaupun ada yang sangat kaya,” katanya merujuk kepada negara Arab.

“Kamilah yang membolehkan sekolah dan hospital dijalankan di sana,” katanya berhubung wilayah Palestin.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD