fb fb fb fb fb

California lulus undang-undang sekat telefon pintar di sekolah

Gavin Newsom/ REUTERS

CALIFORNIA, 24 September- Gabenor California Gavin Newsom menandatangani undang-undang yang mengehadkan atau menyekat penggunaan telefon pintar di sekolah, pada Isnin.

Rang undang-undang berkenaan ditandatangani berikutan penggunaan berlebihan telefon pintar boleh meningkatkan risiko penyakit mental dan menjejaskan pembelajaran.

Tiga belas negeri lain tahun ini turut melarang atau menyekat penggunaan telefon pintar di sekolah atau mengesyorkan pendidik tempatan berbuat demikian. Menurut Minggu Pendidikan Florida mendahului dengan menyekat penggunaan telefon dalam kelas pada 2023.

California memiliki hampir 5.9 juta pelajar sekolah awam juga mengikuti jejak Los Angeles County yang turut menyekat penggunaan telefon pintar untuk 429,000 pelajarnya pada Jun.

Pada bulan sama, Pakar Bedah Amerika Syarikat Jeneral Vivek Murthy mahu amaran berkenaan turut diiklankan seperti yang terdapat pada bungkusan rokok.

Murthy memetik kajian dalam jurnal perubatan JAMA menunjukkan, remaja menghabiskan lebih daripada tiga jam sehari di media sosial.

Perkara itu dilihat berisiko tinggi mendapat penyakit mental, sambil merujuk kepada tinjauan pendapat Gallup, menunjukkan purata remaja menghabiskan 4.8 jam sehari untuk sosial. media.

Rang undang-undang California, memerlukan lembaga sekolah atau badan pentadbir lain untuk membangunkan dasar pelajar untuk mengehadkan atau melarang penggunaan telefon pintar di sekolah selewat-lewatnya pada 1 Julai 2026.

Namun polisi itu perlu dikemas kini setiap lima tahun.

"Kami tahu bahawa penggunaan telefon pintar berlebihan boleh meningkatkan kebimbangan, kemurungan dan isu kesihatan mental yang lain.

"Undang-undang baharu ini akan membantu pelajar memberi tumpuan kepada akademik, pembangunan sosial dan dunia pada masa hadapan," kata Newsom dalam satu kenyataan.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI