fb fb fb fb fb

Cadangan loji nuklear cetus perbalahan politik di Australia

Foto-AFP

SYDNEY, 2 Mei - Australia yang kaya dengan tenaga solar, angin dan sumber mineral kritikal untuk teknologi tenaga bersih, kini berdepan perdebatan baharu menjelang pilihan raya Sabtu ini, apabila cadangan membina loji nuklear mencetuskan perbezaan ketara antara kerajaan dan pembangkang.

Ketua pembangkang konservatif, Peter Dutton, mencadangkan pembinaan tujuh loji tenaga nuklear menjelang 2050 menerusi pelaburan AS$200 bilion.

Rancangan itu termasuk meningkatkan pengeluaran gas serta memperlahankan pembangunan solar dan angin, sekali gus menjejaskan sasaran tenaga bersih kerajaan pimpinan Anthony Albanese.

Australia memiliki rizab uranium antara terbesar di dunia namun telah mengharamkan penjanaan kuasa nuklear sejak 25 tahun lalu.

Dutton berhujah, tenaga nuklear lebih murah dan stabil berbanding sumber boleh diperbaharui, dan mendakwa cadangan itu dibuat demi masa depan negara, bukan demi undi.

Minat terhadap tenaga nuklear turut meningkat di peringkat global, dengan 31 negara termasuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain bersetuju untuk melipatgandakan kapasiti tenaga nuklear menjelang 2050.- AFP

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN