fb fb fb fb fb

Cacar monyet di Eropah catat penurunan

GENEVA, 26 Ogos- Kes cacar monyet di Eropah catat penurunan, minggu lalu.

Menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah jangkitan berkurang kepada 5,213 kes, berbanding 5,907 pada minggu sebelumnya.

Bagaimannapun, penularan wabak masih membimbangkan di Amerika Latin.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, situasi itu berubah berbanding pada awal penularan.


(Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus/AFP)

"Pada peringkat awal wabak itu, kebanyakan kes yang dilaporkan adalah di Eropah, dengan bahagian yang lebih kecil di Amerika," kata Tedros pada satu sidang akhbar.

Jangkitan virus di Eropah ketika ini kurang 40 peratus, berbanding Amerika melonjak ke paras 60 peratus.

Peningkatan mendadak kes di Amerika Latin berpunca daripada kurangnya kesedaran dan tiada langkah mengawal penyebaran virus.

"Terdapat tanda-tanda bahawa wabak semakin perlahan di Eropah, langkah kesihatan awam yang berkesan, perubahan tingkah laku dan vaksinasi membantu mencegah penularan", katanya.

Secara keseluruhan, kes cacar monyet telah dikesan di sekurang-kurangnya 96 buah negara.

Setakat ini, sebanyak 45,355 kes direkodkan serta 15 kematian.-AFP

Media Baharu