fb fb fb fb fb

Buku tertua di dunia dilelong pada harga AS$2.6 juta

The Crosby-Schoyen Codex / Foto brentnongbri.com

NEW YORK, 3 April -Sebuah buku tertua yang dipercayai berasal daripada Mesir dan ditulis pada era permulaan agama Kristian akan dilelong pada Jun depan di sini.

Buku tersebut, 'The Crosby-Schoyen Codex' ditulis dalam bahasa koptik diatas kertas Papirus sekitar tahun 250 hingga 350 Masehi dan dihasilkan oleh salah sebuah biara Kristian tertua dianggarkan bernilai AS$2.6 juta hingga AS$3.8 juta menurut Christie iaitu salah sebuah pusat lelong terkenal Britain.

"Buku berkenaan merupakan tempoh peralihan daripada skrol Papirus bertukar kepada bentuk Codex", kata Eugenio Donadoni, Pakar Kanan Christie, Manuskrip Zaman Pertengahan dan Renaissance.

"Jadi, buku-buku seperti yang kita kenali hari ini, dan apa yang kita ada dalam buku ini ialah teks-teks yang paling awal diketahui dari dua kitab Injil (Bible).

Buku yang mempunyai halaman sebanyak 104 muka surat ditulis oleh seorang jurutulis selama 40 tahun di sebuah biara di Mesir atas dan disimpan di belakang kaca 'plexiglass'.

Donadoni mengaitkan pemeliharaan buku berkenaan dengan iklim kering Mesir, sambil menambah bahawa terdapat hanya beberapa buku dari abad ke-3 dan ke-4 yang masih ada hingga ke hari ini.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD