JOINVILLE, 31 Januari- Tumpahan kimia dalam sungai di selatan Brazil pada Isnin lalu mencetuskan kecemasan tempatan apabila buih toksik itu berterbangan ke daratan.
Insiden tersebut berlaku apabila sebuah lori yang membawa muatan asid sulfonik terlibat kemalangan di sini, berhampiran Sao Paulo.
Asid sulfonik adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk sabun dan detergen serta boleh menjadi sangat berbahaya kepada manusia jika kandungannya tidak dikawal.
Lori membawa muatan cecari asid sulfonik kemalangan/Reuters
Syarikat Air Joinville mengeluarkan amaran menggesa penduduk supaya melakukan penjimatan air susulan penutupan sepenuhnya di Loji Rawatan Cubatao sebagai langkah keselamatan.
Operasi pembesihan sungai juga sedang giat dijalankan.
Sementara itu, Datuk Bandar Joinville, Adriano Silva berkata, pemantauan kualiti air di Sungai Cubatao dijalankan setiap setengah jam sehingga bacaannya kembali pada kepekatan yang ditetapkan. -Reuters