fb fb fb fb fb

Budak 2 tahun maut akibat H5N1

(Foto Fail)

KEMBOJA, 10 Oktober- Seorang kanak-kanak perempuan Kemboja berusia dua tahun telah meninggal dunia akibat selesema burung (H5N1).

Menurut Kementerian Kesihatan Kemboja, ia kematian kedua dicatatkan di Kemboja dalam masa dua hari.

"Mangsa yang tidak dinamakan itu dari wilayah timur Prey Veng. Beberapa ekor ayam mati di rumah kanak-kanak itu. Kes berkenaan masih lagi disiasat," kata Kementerian Kesihatan Kemboja menerusi kenyataan.

Kementerian Kesihatan Kemboja menggesa penduduk kampung supaya berwaspada terhadap H5N1 dan tidak memakan ayam yang tidak sihat atau mati.

Virus tersebut masih mengancam kesihatan orang ramai terutama warga emas dan kanak-kanak.

Pihak berkuasa berkata seorang lelaki berusia 50 tahun telah meninggal dunia akibat virus itu di wilayah jiran Svay Rieng pada Ahad lalu.

Ia merupakan kes ketiga yang disahkan di Kemboja tahun ini selepas seorang kanak-kanak berusia 11 tahun meninggal dunia pada Februari. - AFP


(Foto REUTERS)

Media Baharu