fb fb fb fb fb

43 rakyat Malaysia diselamatkan Polis Peru

(FOTO AFP)

LIMA, 10 Oktober- Polis di Peru telah menyelamatkan 44 orang dari Asia, hampir kesemuanya dari Malaysia yang ditangkap oleh kumpulan penjenayah Taiwan untuk dieksploitasi dalam skim peras ugut di negara Amerika Selatan itu.

Ketua unit siasatan penyeludupan, Jeneral Carlos Malaver berkata, mangsa dipaksa untuk membuat panggilan kepada syarikat di Malaysia dan Taiwan untuk menuntut wang sambil menyamar sebagai pegawai polis atau pegawai undang-undang.

Seramai 43 orang yang diselamatkan adalah dari Malaysia, dan seorang dari Taiwan.

Mereka dilaporkan bekerja hanya pada waktu malam dan hidaup dalam keadaan tidak kondusif serta hanya diberi makan sekali sehari.

Susulan itu, enam warga Taiwan dan dua warga Peru telah ditangkap.

Kesemua mangsa datang ke Peru pada bulan September, terpedaya dengan tawaran bekerja di kasino Lima.

Berdasarkan siasatan, mangsa memberitahu mereka dibawa ke Amsterdam dan kemudian ke Peru.

Setibanya di sana, anggota kumpulan jenayah Taiwan dikenali sebagai Naga Merah mengambil pasport mereka dan memutuskan mereka daripada berkomunikasi dengan saudara-mara, kata polis.

Operasi polis dilakukan selepas dua wanita berjaya melarikan diri dan memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Polis merampas lebih AS$10,000, berpuluh-puluh telefon bimbit dan kad bank dari premis di mana semua warga asing itu ditahan.-AFP




(FOTO AFP)


(FOTO AFP)

 

Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan 43 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam telah diselamatkan oleh polis Peru pada 7 Oktober lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar memetik Kedutaan Besar Malaysia di Lima memaklumkan bahawa polis Peru telah mengadakan satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, Lima, di mana kesemua mangsa warganegara Malaysia telah dikenalpasti dan diselamatkan.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima telah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik.

“Kesemua mangsa juga telah menjalani proses siasatan dan akan dihantar pulang ke Malaysia dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.

Pihak Kedutaan di Lima juga akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada kesemua mangsa, menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan menerusi alamat Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Av. General Juan Antonio Pezet 1750, San Isidro, Lima, Peru atau menerusi talian (+51-1-422-0297, +51-1-441-1939 atau +51-1-441-0795) dan emel; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Media Baharu