fb fb fb fb fb

Kumpulan pro-Palestin suarakan sokongan di New York

(Penyokong pro-Palestin mengadakaan perarakan di Manhattan
susulan konflik terbaru Israel-Gaza/Foto AFP)

NEW YORK, 10 Oktober –Ratusan penyokong pro-Palestin berhimpun di tengah Manhattan, mengecan kerajaan Israel dan menuntut kerajaan Amerika Syarikat berhenti memberi bantuan kepada sekutunya di Asia Barat, selepas tercetus konflik terbaharu Israel-Palestin, hujung minggu lalu.

Penunjuk perasaan dari semua peringkat umur yang berhimpun di hadapan bangunan konsulat general membawa sepanduk tertulis “Israel go to hell” dan “NYC stand with Gaza” sambil mengibarkan bendera Palestin.

Di laluan yang dikawal ketat polis New York, kumpulan penyokong pro-Israel berdiri di belakang penghadang keselamatan sambil melaungkan cacian kepada kumpulan penyokong pro-Palestin.

Ini adalah hari ke-2, bandar itu terpaksa berdepan bantahan dua kumpulan penyokong iaitu pro-Palestin dan kumpulan yang mempertahankan tindakan rejim Israel.

Aktivis muda pro-Palestin antara yang turut serta menyertai bantahan; menuntut “pembebasan Palestin” dan “menamatkan pendudukan serta penjajahan di tanah Arab” serta melaungkan “zionis sebagai rasis”.

Mereka turut melaungkan “tiada keadilan, tiada keamanan” dan “tiada keadilan atas tanah yang dicuri” sementara poster dibawa membandingkan situasi di Gaza dengan pemberontakan Yahudi Warsaw Ghetto dalam Perang Dunia II.

Leena Abukuwaik, 45 tahun warga Palestin Amerika memberitahu AFP, dia tidak menerima khabar berita tentang status abangnya, dua adik perempuan dan ramai sepupu, termasuk seluruh anggota keluarga di Gaza.

“Saya tidak pasti sama ada mereka dibom atau tidak, masih hidup, cedera atau selamat,” bisiknya sambil menahan sebak.

Seorang lagi warga Amerika yang turut menyertai bantahan, Ray Gordon, 81 tahun pesara yang tinggal antara Maryland dan Florida pula berkata, “ia perkara yang menimbulkan kemarahan saya: adakah wang cukai saya digunakan untuk membiayai Israel," soalnya.

“Tamatkan ke semua bantuan AS  ke Israel, katanya kepada AFP.

Ditanya mengenai serangan pejuang Palestin ke atas pendudukan Israel pada Sabtu lalu yang mengorbankan ratusan penduduk rejim Israel, Gordon berkata "sungguh menghairankan bahawa ia tidak pernah berlaku sebelum ini... apa yang berlaku akan berlaku semula dan itulah yang saya akan katakan kepada" Israel. –AFP


(Salah seorang penyokong Palestin menyertai bantahan di hadapan konsulat
general Israel di New York pada 9 Oktober 2023/Foto AFP)

Media Baharu