fb fb fb fb fb

Britain lulus penggunaan vaksin COVID-19 Valneva

(FOTO AFP)

LONDON, 14 April - Britain meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 baharu keluaran firma Austria-Perancis, Valneva.

Perkara itu dimaklumkan Agensi Regulatori produk Ubat-Ubatan dan Penjagaan Kesihatan dalam satu kenyataan.

"Kelulusan diberikan selepas vaksin Valneva COVID-19 memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang diperlukan," katanya.

Bulan lalu, vaksin COVID-19 Valvena yang menggunakan teknologi virus tidak aktif menerima kelulusan pertamanya dengan kebenaran kecemasan digunakan di Bahrain.

Valneva ialah vaksin keenam yang diluluskan di United Kingdom selepas AstraZeneca, Pfizer, Moderna, Janssen (Johnson & Johnson) dan Novavax.

Britain merupakan salah satu negara paling teruk dilanda pandemik dengan kematian melebihi 171,000 orang.

Lebih daripada 92% penduduk berumur 12 tahun ke atas telah mendapat dos vaksin, 86% dos kedua dan 68% dos penggalak.-AFP

Media Baharu