fb fb fb fb fb

Britain kesan jangkitan cacar monyet tiada kaitan dengan perjalanan ke Afrika Barat

LONDON, 22 Mei - Britain mengesan jangkitan harian kes cacar monyet atau 'monkeypox' yang tidak mempunyai kaitan dengan perjalanan ke Afrika Barat.

Penyakit itu bagaimanapun bersifat endemik di negara tersebut.

Penasihat Perubatan Kesihatan United Kingdom, Susan Hopkins berkata angka baharu jangkitan akan dimaklumkan pada hari Isnin, selepas 20 kes dikesan setakat Jumaat lalu.

"Kami menjumpai kes yang tidak mempunyai hubungan yang dikenal pasti dengan individu dari Afrika Barat, itu yang kami lihat sebelum ini di negara ini," katanya kepada stesen televisyen BBC.

"Kami mengesan lebih banyak kes setiap hari.

Menurut Hopkins, wabak berkenaan tertumpu di kawasan bandar serta dalam kalangan lelaki yang mengaku homoseksual dan biseksual.

"Risiko populasi kekal sangat rendah pada masa ini, dan saya fikir orang ramai perlu berwaspada terhadapnya," katanya, sambil menambah bahawa bagi kebanyakan orang dewasa, gejala akan agak ringan".


(Foto hiasan / Google)

Kes pertama di United Kingdom diumumkan pada 7 Mei lalu, pada pesakit yang baru-baru ini pergi ke Nigeria.

Penyakit tersebut juga merebak di Eropah dan Amerika Utara.

Tiada rawatan khusus untuk merawat penyakit tersebut. Bagaimanapun, vaksinasi terhadap cacar itu, didapati 85 peratus berkesan dalam mencegah penyakit itu.

Setiausaha Pendidikan, Nadhim Zahawi berkata kerajaan UK sudah mula membeli stok vaksin cacar.

"Kami mengambil serius mengenai perkara ini," katanya kepada BBC.-AFP

Media Baharu