fb fb fb fb fb

Brazil tidak akan kembalikan waktu jimat siang tahun ini

Menteri Tenaga dan Perlombongan Brazil, Alexandre Silveira/Foto REUTERS

BRASILIA, 17 Oktober-Kerajaan Brazil memutuskan untuk tidak mengembalikan waktu penjimatan siang ('daylight saving time') pada musim panas ini, kata seorang pegawai kanan kerajaan pada Rabu.

Menurut Menteri Tenaga dan Perlombongan, Alexandre Silveira, negara itu tidak berdepan sebarang risiko terhadap sektor tenaganya.

Silveira juga menyatakan bahawa kerajaan akan menilai semula kemungkinan mengembalikan waktu penjimatan siang bagi tahun hadapan selepas musim panas di Hemisfera Selatan berakhir.

Pada bulan September, semua kelulusan yang diperlukan oleh kerajaan untuk berpotensi membawa kembali waktu penjimatan siang telah diberi jaminan, termasuk cadangan daripada pengendali grid nasional ONS.

Ini susulan kemarau besar yang memberi kesan kepada penjanaan tenaga.

Silveira menjelaskan bahawa usaha kerajaan untuk memperkukuh empangan hidroelektrik yang menyumbang lebih separuh daripada bekalan elektrik negara sudah memadai untuk menghapuskan sebarang risiko terhadap bekalan tenaga.

Pada tahun 2019, bekas Presiden Jair Bolsonaro telah memansuhkan waktu penjimatan siang dengan alasan ia tidak lagi memberikan manfaat kepada sektor tenaga.

Daylight Saving Time (DST), adalah satu sistem waktu dipercepatkan satu jam ke hadapan daripada masa standard.  Kebiasanya berfungsi  semasa musim bunga atau awal musim panas untuk memanfaatkan waktu siang yang lebih panjang.Tujuannya adalah untuk menjimatkan lebih banyak aktiviti boleh dilakukan waktu siang tanpa menggunakan lampu.

Bila musim luruh tiba, jam akan dikembalikan semula ke waktu asal (standard time).-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD