fb fb fb fb fb

Bot terbalik, angka korban meningkat 26 orang di Filipina

(Korban bot terbalik di Binangonan, Filipina, semalam/AFP)

MANILA, 28 Julai- Bilangan korban tragedi bot penumpang terbalik di sebuah tasik di sini meningkat kepada 26 orang hari ini, dengan pencarian masih diteruskan bagi mengesan mereka yang masih hilang.

Difahamkan, bot berkenaan membawa muatan sarat melebihi kapasiti bot iaitu 42 orang, namun dilaporkan ia membawa seramai kira-kira 70 orang ketika kejadian semalam.

Setakat ini, 40 orang berjaya diselamatkan dan tiga masih hilang dalam kemalangan yang berlaku di tasik Laguna dekat pulau Talim, bandar Binangonan, di sini.

Polis sedang menyiasat punca kejadian yang berlaku beberapa jam selepas Taufan Doksuri melanda negara itu.

Bagaimanapun, jurucakap pengawal pantai, Laksamana Muda Armando Balilo berkata, bot berkenaan telah mendapat kebenaran untuk belayar.

Filipina, sebuah kepulauan yang mempunyai lebih 7,000 pulau, mempunyai rekod keselamatan maritim yang lemah, dengan ramai menjadi korban akibat kemalangan di laut setiap tahun. -AFP

(Pasukan penyelamat mengambil mayat mangsa bot terbalik di Binangonan, Filipina, semalam/
AFP, Philippine Coast Guard)

Berita berkaitan:
Enam maut 'angkara' Taufan Doksuri di Filipina
Taufan Doksuri landa Filipina, ribuan penduduk dipindahkan

Media Baharu