fb fb fb fb fb

Bot karam: Lebih 20 warga China hilang di perairan Kemboja

(Foto hiasan)

PHNOM PENH, 23 September- Lebih 20 warga China hilang selepas sebuah bot karam di luar pantai barat daya Kemboja.

Bot itu membawa 41 warga China, dan 18 berjaya diselamatkan manakala baki 23 masih hilang.

Kheang Phearom berkata polis sedang menyoal siasat mereka terselamat dalam kejadian itu, sementara operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Menurut Kheang Phearom, warga Kemboja juga telah ditahan untuk membantu siasatan.

“Kami sedang mencari 23 orang yang hilang,” katanya.

Ketua polis wilayah Chuon Narin memberitahu media bahawa wakil kumpulan itu memaklumkan kepada polis bahawa mereka meninggalkan China dari sebuah pelabuhan di wilayah Guangdong dengan bot laju pada 11 September.

Mereka kemudian dipindahkan ke sebuah bot kayu bersama dua anak kapal Kemboja di perairan antarabangsa. Bot itu mula karam selepas mengalami kerosakan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata, Beijing berhubung rapat dengan pegawai Kemboja berhubung kejadian itu.-AFP


(Foto hiasan)

Media Baharu